Kemesraan adalah buah cinta,
Kemesraan adalah keindahan dalam
berumah tangga,
Kemesraan adalah cara mengekalkan
keharmonian rumahtangga,
Kemesraan adalah pancaran akhlak dan
jiwa seseorang,
Orang yang paling baik agamanya
adalah yang terbaik akhlaknya,
Dan orang yang terbaik akhlaknya
adalah yang terbaik kepad isterinya,
Dan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa
sallam adalah yang terbaik akhaknya sehingga Allah subhanahu wa ta’ala
memujinya: “Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) …sungguh mempunyai akhlak yang
Agung (‘azhiim).” (QS. Al-Qalam : 5)
Lalu bagaimanakah beliau bermesraan berakhlak dengan isteri-isterinya?....
Dalam berbagai kesempatan, beliau
selalu menjelaskan dengan gamblang tingginya kedudukan kaum wanita di sisi beliau.
Mereka kaum hawa memiliki kedudukan yang agung dan derajat yang tinggi. Bahkan
menjadi standar sempurnanya keimanan seorang hamba adalah kebaikan akhlaknya
kepada isterinya.
Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Orang mukmin yang paling sempurna
IMANnya adalah yang paling baik AKHLAKnya dan sebaik-baik kamu ialah yang
paling baik kepada ISTERInya“ (HR Tirmidzi)
“Orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang paling baik kepada keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik diantara kalian kepada keluargaku “(HR Imam Tirmidzi, diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu hibban serta dishahihkan oleh Al- Albani )
“Orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang paling baik kepada keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik diantara kalian kepada keluargaku “(HR Imam Tirmidzi, diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu hibban serta dishahihkan oleh Al- Albani )
“Tidaklah memuliakan perempuan
kecuali orang yang mulia, dan tidaklah menghinakan perempuan kecuali orang yang
hina.” (HR.Ibnu Asakir).
Menurut Rasulullah shalallahu
‘alaihi wa sallam, bercanda dan
bermesraan dengan isteri adalah IBADAH dan berpahala:
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Dalam kemaluanmu itu ada sedekah.”
Sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli istri kita?.”
Sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli istri kita?.”
Rasulullah menjawab, “Bukankah jika
kalian menyalurkan nafsu di jalan yang haram akan berdosa? Maka begitu juga
sebaliknya, bila disalurkan di jalan yang halal, kalian akan berpahala.” (HR.
Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah)
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda:
“Segala sesuatu yang tidak terdapat
di dalamnya dzikir (ingat) kepada Allah, maka itu adalah permainan yang
melalaikan kecuali empat perkara: berlatih menunggang kuda, mencumbu istrinya dan
mengajar (belajar) renang”. (HR Ath- Thabrani dengan sanad jayyid)
Sehingga walaupun beliau seorang pemimpin Negara atau komandan dalam peperangan, tetapi beliau sangat menghormati dan memuliakan wanita. Diantara kemesraan beliau bersama isteri-isterinya adalah sebagai berikut:
Sehingga walaupun beliau seorang pemimpin Negara atau komandan dalam peperangan, tetapi beliau sangat menghormati dan memuliakan wanita. Diantara kemesraan beliau bersama isteri-isterinya adalah sebagai berikut:
Aisyah radhiyallah ‘anha
mengisahkan: Pada suatu ketika aku ikut bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam dalam sebuah lawatan. Pada waktu itu aku masih seorang gadis yang
ramping. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan rombongan agar
bergerak terlebih dahulu. Mereka pun berangkat mendahului kami. Kemudian beliau
berkata kepadaku: “Kemarilah! sekarang kita berlomba lari.” Aku pun meladeninya
dan akhirnya aku dapat mengungguli beliau. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam
hanya diam saja atas keunggulanku tadi. Hingga pada kesempatan lain, ketika aku
sudah agak gemuk, aku ikut bersama beliau dalam sebuah lawatan. Beliau
shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan rombongan agar bergerak terlebih
dahulu. Kemudian beliau menantangku berlomba kembali. Dan akhirnya beliau dapat
mengungguliku. Beliau tertawa seraya berkata: “Inilah penebus kekalahan yang
lalu!” (HR. Ahmad)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahwa
ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kembali dari peperangan Khaibar,
beliau menikahi Shafiyyah binti Huyaiy radhiyallahu ‘anha. Beliau shallallahu
‘alaihi wasallam mengulurkan tirai di dekat unta yang akan ditunggangi untuk
melindungi Shafiyyah radhiyallah ‘anha dari pandangan orang. Kemudian beliau
duduk bertumpu pada lutut di sisi unta tersebut, beliau persilakan Shafiyyah
radhiyallah ‘anha untuk naik ke atas unta dengan bertumpu pada lutut beliau.
Dari Atha` bin Yasar: “Sesungguhnya
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan Aisyah radliyallahu ‘anha biasa
mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu
selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya,
`Mengapa engkau bangkit?’ Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai
Rasulullah. ’Sabda Rasulullah, ‘Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah &
dekatlah kembali padaku.’ Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” (Hadis
Riwayat Sa`id bin Manshur).
Aisyah berkata, “Sesungguhnya Nabi
shalallahu ‘alaihi wa sallam apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai
dari auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isterinya baginda
meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.” (Hadis
Riwayat Ibnu Majah).
Dari Aisyah r.a. beliau berkata,
“Aku biasa mandi bersama Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menggunakan satu
bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dlm bejana
tesebut).” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).
6. Disisir oleh isteri
6. Disisir oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, ”
Saya biasa menyikat rambut Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam, ketika itu
saya sedang haid”. (Hadis Riwayat Ahmad).
Dari Aisyah r.a, beliau berkata,
“Saya meminyaki badan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pd hari Raya
‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan jumrah aqabah.” (Hadis Riwayat Ibnu
‘Asakir).
Dari Aisyah r.a, dia berkata: “Saya
biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan
tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu
Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup
isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan
mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.”
(Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur).
“Adalah Rasulullah shalallahu
‘alaihi wa sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami
semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami
tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi
giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad).
Dari Aisyah r.a, bahwa Nabi
shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk,
kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya.” (Hadis Riwayat
Abdurrazaq).
Dari Hafshah, puteri Umar r.a,
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.”
(Hadis Riwayat Ahmad).
Dari Aisyah r.a, beliau berkata:
“Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku
walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat
Abdurrazaq).
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa
sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yg di sukainya seperti
Aisy & Humaira (pipi merah delima).
Aisyah radhiyallah ‘anha menuturkan:
“Pada suatu hari Rasu-lullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya:
“Wahai ‘Aisy (salah satu panggilan kesayangan kepada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha
), Malaikat Jibril ‘alaihissalam tadi menyampaikan salam buatmu.” (Muttafaq
‘alaih)
Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam
biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy,
bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku,
hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang
menyesatkan.” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni).
Dari Aisyah r.a, dia berkata.”Aku
pernah tidur bersama Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam di atas satu tikar
ketika aku sedang haid. Apabila darah ku menetes di atas tikar itu, Baginda
mencucinya pada bagian yang terkena tetesan darah dan baginda tidak berpindah
dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda
berbaring kembali di sisiku. Apabila darah ku menetes lagi di atas tikar itu,
Baginda mencuci pada bagian yang terkena tetesan darah itu saja dan tidak berpindah
dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu..” (Hadis
Riwayat Nasai).
15. Memberikan hadiah
15. Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh,
ia berkata, “Ketika Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menikah dgn Ummu Salamah,
Baginda bersabda kepadanya, ”Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah
kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi,
namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku
menduga hadiah itu akan di kembalikan. Jika hadiah itu memang di kembalikan
kepadaku, aku akan memberikanya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata,”Ternyata
keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa
sallam dan hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanya
kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak
kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis
Riwayat Ahmad)
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi
shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke
tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu
keluar & bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaithan…….apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik,
hendaklah ia mendatangi isterinya karena pada diri isterinya ada hal yang sama
dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
Semoga kita bisa mengambil hikmah
dan meneladaninya Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (QS. Al-Ahzab : 21)
Tags : cerita kisah islami, kisah islam, sejarah nabi muhammad, cerita cerita nyata, cerita islam, kisah islami, kisah cerita islam, cerita islami, kisah mengharukan cinta, teladan islam, kisah nyata islami, kisah inspiratif islami, kisah inspirasi islami, kisah teladan islam, kisah hikmah islami, cerita nabi, kisah kisah islami, kisah anak islami, cerita cerita nabi, cerita kisah nabi, cerita sejarah nabi, teladan islam, kisah teladan, kisah islam, kata kata mutiara, kata mutiara mutiara
Tidak ada komentar:
Posting Komentar