Laman

Wahai Anak Cucu Adam

Kematian akan menyingkap apa-apa yang kau sembunyikan, Kiamat akan menyampaikan beritamu, Siksa akan mengungkap rahasiamu2.

Jika kau berdosa, jangan kau lihat kecilnya dosa itu, tapi perhatikanlah kepada siapa kau durhaka. Jika kau diberi rezeki sedikit, janganlah kau lihat jumlahnya, tapi perhatikan siapa yang memberikannya...


Jangan kau remehkan dosa kecil, kerana kau tidak tahu dosa mana yang akan kau lakukan. Jangan merasa aman dari "makar"-Ku, kerana "makar"-Ku lebih tersembunyi dari semut yang merayap di atas batu licin di kegelapan malam.

WAHAI ANAK CUCU ADAM..

Apakah setelah durhaka kepada-Ku, kau lalu ingat pada amarah-Ku? Apakah telah kau cegah dirimu dari perbuatan yang Kularang? Apakah telah kau tunaikan yang Kuwajibkan sebagaimana Kuperintahkan? Apakah kau telah bersimpati kepada kaum miskin dengan memberikan sebahagian dari hartamu?

Apakah kau telah berbuat baik kepada orang yang jahat terhadapmu? Apakah telah kau maafkan orang yang menzalimimu?
Apakah telah kau hubungi orang yang memutuskan hubungan denganmu?
Apakah kau telah berlaku adil kepada yang mengkhianatimu?
Apakah kau telah berbicara kapada orang yang mendiamkanmu?

Sudahkah kau didik anakmu?
Sudahkah kau senangkan tetanggamu?
Sudahkah kau bertanya kepada ulama tentang urusan agama dan duniamu?

Sebab, Sesungguhnya Aku tidak memperhatikan tubuh dan penampilan kalian, tetapi Aku memperhatikan hati kalian."
(Hadits Qudsi, dari kumpulan risalah Al-Ghazali).

Ya Allah, baguskanlah untukku agamaku yang menjadi pangkal urusanku, baguskanlah duniaku yang menjadi tempat penghidupanku, serta baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. 
Jadikanlah hidupku menjadi bekal bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah matiku sebagai pelepas dari segala keburukan.
Tutuplah akhir hidup kami dengan sebaik-baiknya penutupan..
Aamiin Ya Rabbal'Aalamiin.


1 komentar: