Selepas
Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang
memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat
yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan
akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas
semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan
hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan
keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,
tidak mati....
Selepas
40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk
kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa
padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat
seperti bumi.
Sekelian
manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di
hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang
membesar dari biji benih.
Semua
manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak
rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang
nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu
datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau
manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka
menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang
amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan
lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib
mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian
matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan
seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata
jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat niscaya
seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu
mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi
lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat
satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air
yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin saja. Orang bukan mukmin akan
dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang
mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a).
Pemimpin yang adil.
b).
Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c).
Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d).
Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e).
Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f).
Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g).
Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana
takutkan Allah.
Oleh
kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu
berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara
“pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha
mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan
dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab
seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak
masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu
berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa
baginda.
Selepas
itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua
makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah
arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak
perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga
‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy
ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang
mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan
gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang
menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab
cahayanya yang sangat kuat.
Kursi
iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat
yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah
padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan
istana.
Seluruh
makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal.
Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy
menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka
dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah
/ Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia
beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir &
munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda
mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat
yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang
pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan
adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila
tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab
mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi
orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua
makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya
amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang
bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara
ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.
Perkara
pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan
baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika
dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan
menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh
Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah
amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak
masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk
berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat
Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a).
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b).
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c).
Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua
syafa’at ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para
nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk
memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000.
Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah
berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan
sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya
neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan
ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan
dimudahkan menyeberanginya.
Fudhailbin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun
menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang
melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan
berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa
menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para
malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.
Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya
melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar