Laman

Kisah Kisah Inspirasi | 4 Wanita Hebat Yang Dijanjikan Syurga ALLAH


Sedikit cerita tentang 4 wanita yang dijanjikan Syurga seperti yang dalam sabda Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam. mereka ialah :

1.Khadijah binti Khuwalid.

Seorang wanita yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang terhormat dan mendapat didikan akhlak yang mulia serta mempunyai sifat yang tegas.khadijah merupakan orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa oleh Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam tanpa banyak berdebat, bahkan khadijah tetap membenarkan,menghibur dan membela Rasulullah Shallahu'alaihi wassalam.

Disaat semua orang mendusta dan memulaukan baginda, Khadijah telah mengorbankan seluruh hidupnya, jiwa dan hartanya untuk kepentingan dakwah pada jalan ALLAH...

 
Khadijah mendampingi Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam selama 26 tahun dan merupakan istri tunggal, tidak ada duanya, bercerai kerana kematian. Sehingga pada tahun wafatnya khadijah disebut sebagai "tahun Kesedihan".
Khadijah adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah ketika wahyu pertama turun dari langit yang dibawa oleh Jibril. Khadijah membela suaminya dengan harta dan dirinya demi menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburkandalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kamumnya yangmasih engkar terhadap kebenaran agama Islam.
Merupakan puteri Rasulullah yang sempurna sifatnya dan kukuh agamanya. Isteri kepada ahli syurga iaitu Ali Bin Abi Talib.Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya iman bersama ayah dan suaminya tercinta.

Dia korbankan segala apa yang dimilikinya demi membantu menegakkan agama suami. Fatimah adalah wanita yang penyabar, taat beragama, baik perangainya, cepat berasa puas dan selalu bersyukur pada apa yang di miliknya.

3. Maryam binti Imran.
Merupakan lambang wanita yang menjaga kehormatnan dirinya dan taat beribadah kepada Rabbnya. Beliau rela mengorbankan masa remajanya untuk bermunajat mendekatkan diri kepada ALLAH, sehingga ALLAH memberinya hadiah istimewa seorang Nabi dari rahimnya tanpa bapak.

Maryam Puteri Imran yang memelihara kehormatannnya sehingga ALLAH tiupkan sebahagian dari roh ciptaannya dan dia membenarkan kalimah kalimah tuhannya dan kitab-kitabnya dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat.

4. Asiyah binti Muzahim.
Adalah isteri dari seorang penguasa yang zalim bernama Fira'un. Akibat dari keimanan Aisyah kepada kerasulan Nabi Musa as, maka dia lebih rela menerima seksaan pedih dari suaminya.

Betapa besar pun kecintaan dan kepatuhannya pada suami, ternyata dihatinya masih tersedia tempat tinggi yang dia isi dengan cinta sepenuh pada ALLAH dan rasulnya.

Syurga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan yang dia rasakan didunia akibat meninggalkan kemewahan hidup, budaya dan tradisi leluhur yang menyimpang dari syariat ALLAH, di telan begitu sahaja demi kesenangan abadi.

Akhirnya Aisyah meninggal dunia dalam keadaan tersenyum meskipun dalam seksaan pengikut Firaun.

Semoga "Kisah Kisah Inspirasi - 4 Wanita Hebat Yang Dijanjikan Syurga Allah" ini bermanfaat untuk saya dan Anda semua. Menjadikan kita semakin dekat dengan Allah SWT, dan diberikan keistiqomahan dalam beribadah kepada Allah. Aamiin

Silahkan SHARE untuk saudara, teman, sahabat Anda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar